JAMAL: GIMIK SAYA BUAT UNTUK RAKYAT, BUKAN PUBLISITI


Sejak insiden memakai tuala di hadapan pintu pejabat SUK, kemudian membawa katil dan terbaharu van jenazah, Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos dilihat antara individu ‘kreatif’ ketika melakukan demonstrasi.

Tidak lagi hanya menjerit dengan membawa sepanduk, Jamal membuat kelainan dengan idea lebih kreatif, membawa ‘props’ yang bersesuaian dengan mesej yang hendak disampaikan.


Ketika ditanya mengenai idea-idea itu semasa sesi temu bual eksklusif bersama Sinar Online, Jamal berkata, itu sememangnya ada dalam bidang tugasnya sebelum ini.

“Saya ini orang bisnes. Saya banyak terlibat secara langsung dalam pengiklanan. Jadi apabila sudah terbiasa dengan kerja-kerja iklan, otak kita jadi kreatif untuk memikirkan apakah yang boleh memberi impak pada apa juga yang kita lakukan.

“Itulah terhasilnya gimik-gimik yang dapat dilihat sebelum ini. Tetapi, saya bukan nak publisiti, apa yang penting, mesej saya sampai kepada kerajaan negeri untuk berbuat sesuatu, membetulkan keadaan,” katanya.

Jelasnya, sejak berkecimpung dalam dunia perniagaan pada usia awal 20-an, Jamal sudah biasa dengan idea-idea kreatif.


“Saya buat benda yang boleh memberi impak. Saya tak rugi apa-apa, malah saya bersyukur apa yang saya lakukan adalah untuk rakyat.

“Saya mahu rakyat Selangor tidak lagi dibebani pelbagai isu yang sememangnya boleh ditangani dengan baik kerajaan negeri. Namun, ia tidak diendahkan, kerana itu saya tampil mewakili suara rakyat,” katanya.

Jelasnya, setiap apa yang dilakukan adalah dengan niat yang baik.

“Saya tak kisah dicemuh, dihina atau dicaci sekalipun. Saya rela diperkatakan begitu. Saya memang tak harap pujian pun.

“Saya reda kerana inilah jalan yang saya pilih. Bagi saya, asalkan rakyat Selangor dapat manfaat, itu sudah memadai,” katanya. Pejam Kelip

Sumber : Sinar Harian

Turun 17 Kg Daripada 75 Kg, Catriona Ross Buat 5 Perkara Ni Nak Kurus!


Oleh: Aimi Nordin Sumber: Astro Awani 

Berat badan naik selepas melahirkan anak adalah perkara normal tetapi agak menakutkan buat wanita. Hal itu juga berlaku kepada pelakon Catriona Ross. Ingin tampil cantik dan ramping seperti dulu, dia tekad menurunkan berat badan selepas melahirkan 3 orang anak. 

Catriona mengambil masa 5 bulan untuk hilangkan 17 kg berat badan. Daripada beratnya 75 kg, kini beratnya sudah 58 kg. Ada 5 perkara yang Catriona Ross lakukan untuk dapat tubuh badan seperti sekarang. 

1. Daki gunung


"Saya mahu menurunkan berat badan secara cepat, jadi saya perlu lakukan senaman yang extreme. Saya pun telah menyertai satu kelab mendaki gunung. Saya mendaki hampir setiap minggu untuk mengeluarkan peluh yang banyak,"

2. Berenang


"Saya mahu lalukan proses penurunan berat badan secara natural sebab itu saya tidak mengambil ubat kurus atau menjalankan pembedahan untuk menurunkan berat badan. Jadi saya memang perlu lakukan aktiviti luar juga selain diet seperti berenang dan bersenam kerana ia mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan saya,"



3. Eat clean diet


"Saya mengamalkan diet eat clean (makan bersih) sepanjang lima bulan ini. Contohnya waktu pagi saya mengambil roti wholemeal dan scrambled egg sahaja ,"

4. Makanan kukus tanpa minyak


"Sepanjang diet itu juga saya tidak makan makanan yang berminyak dan semua makanan saya dimasak dengan cara kukus seperti sayur kukus dan scrambled egg juga digoreng tanpa minyak,"


5. Beras Perang


"Saya tetap makan nasi, cuma tengahari saya makan brown rice (beras perang) bersama lauk yang saya masak tanpa minyak. Memang agak drastik tetapi kesannya juga cepat,"




Lelaki Pakai Tudung Menyamar Wanita Curi Beg Tangan Dalam Surau

Lelaki Pakai Tudung Menyamar Wanita  | SEKALI pandang sebiji macam perempuan, siap menggayakan tudung rekaan terbaru. Tapi dia sebenarnya seorang lelaki yang menyamar jadi wanita dan berpura-pura mahu menunaikan solat untuk mencuri beg tangan.


Lelaki ini dikatakan telah ditangkap di Surau Sunway, semalam selepas kantoi masuk ke ruang solat wanita kononnya mahu menunaikan solat, sebaliknya mencuri beg tangan jemaah lain yang sedang menunaikan solat.


Gambar tangkapan lelaki menyerupai wanita itu, tersebar dan menular (viral) di media sosial.


Difahamkan lelaki ini memang mempunyai banyak rekod-rekod jenayah lampau.

Segelintir pengguna facebook yang mengaku mengenalinya mendakwa lelaki ini memang terkenal kerana banyak melakukan kes-kes jenayah sebelum ini.

"Dia ni memang musibat yang famous, banyak hal dia ni, tapi lepas tu bebas juga, buat balik viral balik, tangkap balik, buat balik, viral balik," kata R Adizuddin Adam Shah di akaun facebook.


Segelintir pula mengaitkan lelaki ini dengan satu lagi kes kecurian beg tangan yang pernah berlaku di GM Klang tahun lalu, di mana seorang individu kelihatan seperti wanita bertudung dirakam melalui rakaman CCTV membawa lari beg tangan seorang jemaah wanita lain yang menunaikan solat di dalam surau.

Dalam kejadian kecurian beg tangan di GM Klang sebelum ini, orang ramai terkejut menyaksikan perbuatan wanita bertudung litup tetapi sanggup mencuri beg tangan di dalam surau. Pejam Kelip

Pejam Kelip : Admin pun boleh terpedaya dengan penampilan dia ni..

Sumber : Kuala Lumpur post

Korea Utara dakwa Malaysia bersekongkol dengan musuh

Kim Jong-nam-murder

Korea Utara mendakwa kerajaan Malaysia bersekongkol dengan musuh Pyongyang berhubung pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin negara itu Kim Jong-un.

Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol memberitahu pemberita bahawa Korea Utara menolak sebarang hasil bedah siasat ke atas mayat Jong-nam tanpa kebenaran.

“Ini adalah satu pelanggaran hak asasi manusia… rakyat kami,” katanya di luar perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur Jumaat malam.

Jong-nam mati dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada Isnin.
Dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media, Kang turut mendakwa Malaysia enggan menyerahkan mayat Jong-nam walaupun sebelum ini bersetuju untuk melepaskan mayat itu selepas kertas kerja yang sewajarnya dikemukakan.

“Kami telah mengemukakannya tetapi Malaysia tidak memberikan jawapan.

“Ini jelas menunjukkan pihak Malaysia cuba menyembunyikan sesuatu dan menipu kita serta mereka berpakat dengan kuasa musuh yang terdesak untuk memudaratkan kami,” dakwanya.

Kang Chol turut menggesa kerajaan Malaysia supaya tidak terjerat dalam plot politik dan melepaskan mayat serta mengumumkan hasil bedah siasat dengan segera.

Jika gagal berbuat demikian, beliau berkata Pyongyang akan membawa perkara itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.


Kenyataan penuh Kang Chol dalam versi Bahasa Inggeris:

Malaysian side initially informed our embassy that a DPRK citizen was dead due to a heart attack while he was on the evacuation to the Putrajaya Hospital and requested us to confirm that he is a DPRK citizen. We confirmed it.

Then they claimed a postmortem on him that we rejected because he is a diplomatic passport holder and our citizen who is under the consular protection of the DPRK.

But, the Malaysian side forced the postmortem without our permission and witnessing, we will categorically reject the result of the postmortem conducted unilaterally excluding our attendance.

This is the culmination of the violation of the human rights of and infringing upon our citizen disregarding the elementary international laws and the consular laws.

After concluding the postmortem the Malaysian police side said that they would release the body which they didn’t need any more if we submit a document through Wisma Putra (MFA) and Wisma Putra too requested us to do it and we did it.

But Malaysian side did not answer after one day passed since then.

Today I met with the high officer of the Malaysian Police and strongly demanded him to release the body without further delay but he rejected our demand raising the issue which has nothing to do with clarification of the cause of death.

This strongly suggests that the Malaysian side is trying to conceal something which needs more time and deceive us and that they are colluding with the hostile forces towards us who are desperate to harm us of malice.

We doubt whether the Malaysian side was asked to do like this by someone else.

The South Korean puppet authorities are desperate to escape from their miserable state of the largest ever political scandal.

They are distorting the public opinion resorting to the tricky plots to defame the image of the DPRK with this incident.

The public opinion of the South Korean people, too, are suspicious that the conservative forces might mop up this incident to save the Park Geun Hye regime and to find out an excuse to force the “THAAD” deployment which has been strongly opposed within and without.

That’s why we strongly urge and demand the Malaysian side not to be entangled in a political plot of the hostile forces and to release the body and the result of the postmortem to us without further delay.

We don’t see this incident simple, further we will not tolerate at all the attitude of the Malaysian side in collusion with the hostile forces towards our Republic.

We will respond strongly to the moves of the hostile forces towards us with their intent to besmirch the image of our Republic by politicising this incident and sue file this to the International Court.

Sumber : Kuala Lumpur Post

Rumah kuning itu gereja, yang biru itu surau. Berjiran dan berkongsi pagar yang sama.



Cuba tengok betul-betul. 

Apa yang ISTIMEWA dengan gambar ini, selain awan kumulus yang berpupul putih di langit, dan kehijauan rimba tropika yang begitu mempesona? 

Yang kuning itu gereja, yang biru itu surau –– berjiran dan berkongsi pagar yang sama. Ini satu manifestasi markat tertinggi keindahan beragama –– apabila penganut berlainan saling menghormati hak masing-masing untuk beribadat. 

Dalam Islam, persahabatan tanpa prejudis begini terterap dalam konsep –– “lakum dinukum waliyadin”. 


Agama bukan sekadar mendidik kita tentang soal tauhid dan feqah. Tetapi juga tentang akhlak dan ihsan sesama insan. 

Apa guna kita jadikan perbezaan Tuhan sebagai alasan untuk saling membenci dan bermusuhan? 

Sedangkan tujuan kita semua ber-Tuhan adalah untuk mencari kehidupan yang lebih aman dan sejahtera. 

“Harmoni yang indah. Surau dan gereja bersebelahan. Kg Tinanduk, daerah kecil Pagalungan, Nabawan, Sabah.” – Tuan Hj. Samin Ongki. Pejam  Kelip

Sumber : BorneoDiHati

PM Tidak Boleh Disaman Salah Guna Jawatan Awam

Najib

PM Tidak Boleh Disaman Salah Guna Jawatan Awam | Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain tidak boleh mendakwa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kapasitinya sebagai pegawai awam telah menyalahgunakan jawatan awam berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata ini kerana Najib merupakan seorang anggota pentadbiran dan Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan tidak memasukkan anggota pentadbiran untuk tersenarai dalam perkhidmatan awam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas peguam utama yang mewakili Najib, Tan Sri Cecil Abraham selesai berhujah di dalam kamar di hadapan Hakim Abu Bakar Jais. 

Mahkamah hari ini mendengar hujahan berhubung permohonan Najib untuk membatalkan saman dikemukakan terhadapnya oleh Dr Mahathir, 90, bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, 54, dan bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, 41.

Baca Juga : Ada Ancaman Lebih Dahsyat Daripada Perang Nuklear, Bill Gates Beri Amaran

Mohd Hafarizam berkata hujahan defendan adalah terdapat perbezaan antara perkhidmatan awam, jawatan awam, kakitangan awam dan anggota pentadbiran.

"Tan Sri Cecil berhujah bahawa Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan tidak memasukkan anggota pentadbiran untuk tersenarai dalam perkhidmatan awam.

"Siapakah anggota pentadbiran? Mereka ialah menteri, timbalan menteri, setiausaha politik dan dengan itu termasuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri," kata Mohd Hafarizam.

Peguam itu berkata Cecil juga berhujah bahawa dengan membaca kenyataan tuntutan itu, peguam mewakili defendan tidak menemukan sebarang butiran bahawa Najib ialah pegawai awam, bahawa beliau telah melakukan perbuatan yang telah menjejaskan dan bahawa tindakan Najib itu dilakukan dengan niat jahat.

"Tan Sri Cecil berhujah itulah hujahan pertamanya yang bermaksud butiran mengenai salah guna kedudukan itu tidak ada," katanya.

Mohd Hafarizam berkata para plaintif dalam tuntutan mereka telah gagal untuk memperincikan bagaimana Najib telah menggunakan kuasanya untuk menjejaskan mereka (Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina).

Beliau berkata mahkamah menangguhkan penghakiman ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Peguam mewakili ketiga-tiga plaintif, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu pemberita bahawa dalam hujahannya beliau menyatakan kes saman itu tidak sepatutnya dibatalkan pada peringkat ini dan menggesa mahkamah memutuskan bahawa kes itu perlu menjalani perbicaraan penuh. Pejam Kelip

Sumber : Bernama

Patung Emas Gergasi Mao Diroboh Selepas Diejek di Media Sosial


Patung Mao Zedong itu dibina dengan menggunakan besi, konkrit, dan cat berwarna emas. - Foto AFP


Patung Emas Gergasi Mao Diroboh | HANYA dua hari selepas imej patung emas gergasi Mao Zedong di wilayah Henan, China tersebar di media sosial, patung tersebut telah lenyap.

Patung tersebut telah dirobohkan atas arahan pihak berkuasa tempatan, lapor New York Times.

Menurut penduduk setempat, pasukan pemusnah tiba pada pagi Khamis dan pada pagi Jumaat hanya timbunan sisa runtuhan yang tinggal.

Patung setinggi 37-meter yang dilaporkan bernilai sekitar RM2 juta itu mula dibina beberapa bulan lalu dan hampir siap ketika mula mendapat perhatian media sosial.

Kebanyakan pengguna media sosial mempersoalkan pembinaan patung yang menelan belanja besar di wilayah luar bandar yang miskin.




Penduduk setempat turut memberitahu bahawa projek tersebut merupakan idea seorang ahli perniagaan tempatan, Sun Qingxin yang membiayai projek tersebut sepenuhnya.

Sun merupakan presiden Lixing Group, sebuah konglomerat yang menghasilkan mesin dan memproses makanan.

“Dia memang taksub dengan Mao,” ujar Wang, seorang penduduk kampung.

“Di kilangnya memang ada banyak patung Mao.”

Sebagai pengasas republik China, Mao memainkan peranan penting dalam menyatukan negara tersebut dan mengakhiri perang saudara yang telah berlarutan puluhan tahun.
Namun, dasar yang terlalu mementingkan sektor industri telah mewujudkan kebuluran dahsyat yang mengorbankan lebih 10 juta orang.

Ironinya, wilayah Henan yang hampir menyaksikan patung gergasi emasnya siap dibina merupakan antara wilayah paling teruk dilanda kebuluran tersebut. Pejam Kelip

Sumber : Awani

Ada Ancaman Lebih Dahsyat Daripada Perang Nuklear, Bill Gates Beri Amaran


GATES: Saya bimbang tentang peralatan biologi yang boleh digunakan oleh pengganas biologi.

Ada Ancaman Lebih Dahsyat Daripada Perang Nuklear | Virus yang diolah secara genetik sangat mudah dicipta dan mampu membunuh lebih ramai mangsa berbanding senjata nuklear, namun tiada satupun negara di dunia bersedia menghadapinya.

Pengasas Microsoft, Bill Gates, memberi amaran kepada pemimpin dunia tentang keganasan biologi tersebut pada Sabtu sewaktu menyampaikan ucapan dalam Persidangan Keselamatan Munich, lapor Washington Post.

“Epidemik seterusnya mempunyai peluang yang besar untuk dicipta dari skrin komputer.

“Sama ada hasil ciptaan semula jadi atau dalam tangan pengganas, penularan virus sebegitu boleh membunuh puluhan juta manusia pada masa akan datang, kecuali jika kerajaan-kerajaan bersedia menghadapi epidemik ini sama seperti kita bersedia dalam peperangan,” ujarnya.

Tiada seorang pun dalam panel persidangan tersebut yang mempertikaikan kata-kata Gates.


“Penyakit dan keganasan mengorbankan nyawa sebelum ini dalam jumlah yang tidak begitu banyak, namun ia merebak dengan pantas, Kita terlupa betapa dahsyat bencana epidemik tersebut,” kata Perdana Menteri Norway, Erna Solberg.

Solberg memetik peristiwa ‘Black Death’, yang pernah mengorbankan lebih daripada separuh populasi negaranya dan mencetus kemelesetan selama 200 tahun di Eropah.

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Peter Salama juga menzahirkan kebimbangannya: “Ia bukan soal ‘jika’, tetapi ‘bila’ perkara ini boleh berlaku sekali lagi. Kita perlu tingkatkan kesediaan kita.”

Gates yang mengasaskan Bill & Melinda Gates Foundation bersama isterinya pada tahun 2000, khuatir terhadap kemampuan dunia untuk menyekat pandemik berbahaya sejak wabak Ebola membunuh ribuan mangsa dua tahun lalu.

“Saya bimbang tentang peralatan biologi yang boleh digunakan oleh pengganas biologi. Peralatan yang sama sebenarnya digunakan untuk tujuan yang membawa kebaikan.

“Kini sangat mudah untuk mencipta strain selesema baharu dengan menggabungkan versi yang pantas merebak dengan versi yang pantas membawa maut. Tidak seperti perang nuklear, penyakit tersebut tidak akan berhenti membunuh sejurus dia terlepas,” kata Gates. Pejam Kelip

Sumber : Awani

KWSP Isytihar Dividen 5.7 peratus



KWSP Isytihar Dividen 5.7 peratus | Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan kadar dividen 5.70 peratus bagi 2016, dengan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM37.08 bilion, satu pencapaian yang baik walaupun berdepan dengan keadaan pasaran yang sukar.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata KWSP gembira kerana berjaya mengatasi dua sasaran pelaburan KWSP secara konsisten iaitu untuk mengisytiharkan kadar dividen nominal sekurang-kurangnya 2.5 peratus setiap tahun dan kadar dividen sebenar melebihi inflasi sekurang-kurangnya 2.0 peratus bagi purata bergerak tiga tahun.

"Sebagai sebuah dana simpanan persaraan, KWSP sentiasa memberi penekanan terhadap pulangan yang mampan untuk jangka panjang berbanding pulangan jangka pendek.


"Ini merupakan satu pencapaian yang baik walaupun berhadapan dengan keadaan pasaran yang sukar. Bagi 2016, dividen sebenar untuk purata tiga tahun bergerak adalah 3.83 peratus, 183 mata asas melebihi sasaran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semasa tahun tersebut, Samsudin berkata, KWSP berhadapan dengan persekitaran pelaburan yang mencabar berikutan berlakunya peristiwa yang membimbangkan seperti Brexit dan pilihan raya Presiden di Amerika Syarikat.

Sepanjang 2016, KWSP beroperasi dalam suasana pertumbuhan global yang kurang memberangsangkan selain berhadapan dengan perubahan polisi kewangan oleh ekonomi utama dunia, kejatuhan harga minyak, nilai matawang domestik yang lemah serta aliran keluar modal yang tinggi dari pasaran negara membangun kepada pasaran negara maju dan kepada matawang yang lebih selamat, katanya.

"Majoriti pasaran dunia mengalami penyusutan pada awal 2016 sekali gus menjejaskan prestasi KWSP. Bagaimanapun, kami telah menggiatkan aktiviti pengambilan untung bermula suku tahun kedua (S2 2016) agar dapat mencapai sasaran strategik kami," katanya.

Bagi 2016, amaun pendapatan yang diagihkan sebagai dividen adalah lebih tinggi daripada amaun yang diagihkan pada 2014 walaupun kadar dividen pada 2014 lebih tinggi pada 6.75 peratus.

Beliau berkata ini berikutan jumlah pengagihan untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2016 adalah RM6.51 bilion berbanding RM5.43 bilion pada 2014.

Jumlah yang diperlukan untuk pengagihan setiap satu peratus kadar dividen terus meningkat sebanyak 9.5 peratus setahun sejak 2001 selaras dengan pertumbuhan baki simpanan ahli untuk tempoh yang sama.

"Sejak krisis kewangan global pada 2008, KWSP telah mengagihkan RM236.07 bilion dividen kepada ahlinya," katanya.


Pembayaran dividen diperoleh daripada jumlah pendapatan nyata selepas ditolak rosot nilai bersih ke atas aset kewangan, kerugian tidak nyata yang disebabkan oleh kadar pertukaran mata wang asing dan harga instrumen derivatif, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen atas pengeluaran.

Mengulas tentang keadaan ekonomi pada 2017, Samsudin berkata, ketidaktentuan pasaran akan terus menjadi kebimbangan kerana implikasi sebenar daripada Brexit dan hala tuju polisi yang jelas di bawah pentadbiran Trump masih belum terungkai.

"Strategi pempelbagaian kami terbukti berkesan terutamanya di waktu sukar, dan kami akan terus meningkatkan pendedahan kepada pelaburan alternatif terutamanya dalam hartanah dan infrastruktur selari dengan objektif kami sebagai pelabur jangka panjang untuk memberikan pulangan yang konsisten kepada ahli.


"Kelas aset ini juga bertindak sebagai instrumen lindung nilai semulajadi terhadap inflasi," katanya.

Bermula 2017, prestasi KWSP akan dilaporkan mengikut Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi pengumuman prestasi suku tahun dan tahunan.

Sehingga 23 Disember 2016, sebanyak 635,037 ahli telah bertukar ke Simpanan Syariah, dengan penggunaan peruntukan sebanyak RM59.03 bilion daripada peruntukan RM100 bilion yang ditawarkan.

Ahli-ahli boleh menyemak pengkreditan dividen 2016 melalui penyata KWSP mereka bermula Ahad, 19 Februari 2017, melalui i-Akaun di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

Selain itu, ahli juga boleh mendapatkan penyata KWSP melalui Kios KWSP atau hadir ke mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara. Pejam Kelip

Sumber : Bernama

Polis Nafi Wanita Guna Telefon Bimbit Ketika Memandu


Polis Nafi Wanita Guna Telefon Bimbit Ketika Memandu | Polis menafikan dakwaan kononnya wanita yang merempuh sekumpulan remaja lelaki berbasikal sehingga lapan dari mereka maut di Jalan Lingkaran Dalam dekat Johor Bahru, awal pagi tadi, menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata siasatan telah dilakukan dan tiada elemen sedemikian ditemukan.

"Jika dia (mangsa terselamat) nampak, minta tampil beri statement (keterangan) pada polis," katanya kepada Bernama, ketika dihubungi di Johor Bahru hari ini.

Beliau diminta menggulas beberapa dakwaan oleh mangsa-mangsa terselamat dalam kejadian tersebut, yang memberitahu wanita berusia 22 tahun itu kononnya bermain telefon ketika sedang memandu.

Sulaiman juga meminta orang ramai tidak mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang maklumat sahih berhubung kejadian berkenaan.


Menurut Sulaiman, wanita itu yang merupakan seorang jurujual baharu sahaja pulang dari rumah kawannya ketika kejadian.

Dalam kejadian 3 pagi itu, lapan remaja lelaki dilaporkan maut setelah dirempuh kereta yang dipandu wanita berkenaan, mengakibatkan empat lagi patah kaki, dua orang tidak stabil berikutan pendarahan dalam otak dan seorang pula luka di kepala dan seorang lagi cedera di pinggul.

Kejadian berlaku ketika kumpulan remaja berkenaan sedang berbasikal menuju ke Dataran Bandaraya Johor Bahru dan dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah di Johor Bahru.

Menurut Sulaiman, tindakan mereka itu menyebabkan wanita itu tidak sempat mengelak lalu melanggar kumpulan berkenaan. Pejam Kelip

-Bernama

13 Gambar Ngeri Kanak-Kanak Berbasikal Tengah Malam Dilanggar Kereta


TUJUH orang kanak-kanak yang dibiarkan berbasikal selepas lewat tengah malam tadi di sekitar bandar Johor Bahru dikatakan maut selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan yang didakwa dipandu seorang wanita.

Kejadian didakwa berlaku berhampiran stesen minyak Petronas bersebelahan dengan Kawasan Perkuburan Mahmoodiah, Johor Baharu.

Gambar dan video rakaman kejadian kanak-kanak penunggang basikal tersebut tersebar di media sosial apabila ia mula dikongsikan oleh netizen melalui pelbagai group di facebook.
"Al Fatihah, berlaku kemalangan berhampiran Petronas dekat perkuburan Mahmoodiah, perempuan langgar budak-budak main basikal. Aku sempat kira ada 7 orang budak lelaki yang mati ya Allah tak sampai hati nak tengok, ada yang tengah nazak, baru berlaku dalam 15 minit lepas," dakwa Mohd Akim yang berada di tempat kejadian.
Rata-rata orang ramai memberikan reaksi spontan menyalahkan ibu bapa kumpulan kanak-kanak terbabit kerana membiarkan anak-anak mereka berkeliaran bermain basikal di bandar selepas lewat tengah malam.

"Kepada mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak yang kerap main basikal di waktu malam dan masih belum ada khabar berita mengenai anak anda sejak malam tadi, sila pergi ke balai polis berdekatan atau pun Hospital Sultanah Aminah," tulis seorang lagi pengguna facebook.

Update: Lapan Maut Empat Lagi Parah

03:30 18/02/17 — Laporan awal kemalangan melibatkan sebuah kereta merempuh sekumpulan remaja berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam menghala ke Dataran Bandaraya Johor Bahru bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah.


Sebuah kereta jenis Nissan Almera dipandu seorang wanita, datang dari arah Petronas Lingkaran Dalam merempuh sekumpulan remaja berbasikal yang berada di bahu jalan.

Enam orang maut di tempat kejadian manakala 6 orang lagi dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan 2 remaja telah meninggal dunia semasa dikejarkan ke Hospital dan 4 lagi cedera parah.

Kesemua mangsa yang maut telah dihantar ke Bilik Mayat (HSA) untuk bedah siasat. Manakala wanita tersebut telah ditahan oleh Pihak Polis untuk soal siasat.

Update: Kumpulan remaja tersebut dilaporkan dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta ketika sedang berlumba.














Penjawat Awam Perlu Jadi Benteng Pertahan Kerajaan

Ismail Sabri Yaakob

Penjawat Awam Perlu Jadi Benteng Pertahan Kerajaan | Penjawat awam digesa memainkan peranan sebagai benteng untuk mempertahankan kerajaan daripada cubaan pihak tertentu yang mahu menggugat ekonomi dan pembangunan negara dengan melemparkan fitnah termasuk di laman media sosial.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penjawat awam juga seharusnya menyimpan semua rahsia rasmi kerajaan dengan sebaik-baiknya agar tidak bocor kepada petualang berkenaan.

"Kakitangan kerajaan juga perlu rasional dan prihatin dalam memainkan peranan menyampaikan maklumat sah dan tepat kepada rakyat supaya mereka mendapat gambaran sebenar kesungguhan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan," katanya. 


Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua-ketua Jabatan Daerah Bera dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada golongan miskin, anak yatim dan warga emas di sini.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mengingatkan kepentingan penjawat awam untuk menjalin hubungan erat dengan rakyat supaya rancangan pembangunan yang mahu dilaksanakan kerajaan dapat berjalan lancar. 

Selaku Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri juga melahirkan penghargaan kepada kakitangan kerajaan dan penduduk daerah itu kerana hubungan baik mereka dapat membangunkan Bera setakat ini. - Pejam Kelip

Sumber : Bernama

JAWI Pertahan Diri, Dakwa Ikut SOP


JAWI Pertahan Diri, Dakwa Ikut SOP | Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini mempertahankan diri berhubung dakwaan salah tangkap, kasar dan tidak beretika susulan saman terhadapnya hari ini.

"Sukacita dimaklumkan JAWI telah bertindak berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai ramai dan melaksanakan pemeriksaan berdasarkan kuasa yang diperuntukkan bawah undang-undang berkuat kuasa dan prosedur operasi standard yang ditetapkan," kata ketua pegawai penguat kuasa agamanya Wan Jaapar Wan Ahmad.

Menurutnya, pihak berkuasa agama itu juga sedia memberi kerjasama kepada mana-mana pihak berkenaan.

"Sehingga kini JAWI masih belum menerima sebarang saman seperti yang didakwa dalam berita tersebut," jelasnya.


Terdahulu, sepasang suami isteri hari ini dilapor memfailkan saman terhadap JAWI dan kerajaan Malaysia susulan penahanan mereka dalam satu operasi khalwat bulan lepas, walaupun telah berkahwin secara sah hampir tiga tahun lalu.

Mohd Ridhuan Giman, 34, dan isterinya Siti Sarah Maulad Abdullah, 26, serta ibu Ridhuan menamakan pegawai penguat kuasa Mohd Shiham Ramli, Mohamad Izehar Md Amin, ketua pegawai penguat kuasa agama JAWI, ketua pengarah JAWI, JAWI, Jabatan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Mereka mendakwa tujuh pegawai penguat kuasa lelaki dan seorang penguat kuasa wanita menyerbu hotel tersebut pada jam 1:30 pagi pada 8 Januari lepas.

Dalam permohonan saman mereka, Ridhuan mendakwa pegawai JAWI berkenaan didakwa menyerbu masuk ke bilik hotel walaupun isterinya, Siti Sarah meminta diberi peluang untuk memakai pakaian lengkap.

Lanjutan itu, berlaku pergelutan antara Ridhuan dan Shiham. Shiham didakwa mencekik Ridhuan sehingga menyebabkan kecederaan di leher.

Mereka mendakwa penahanan mereka tidak sah dan berlaku pelanggaran hak asasi. Pasangan itu turut menuntut ganti rugi am dan teladan serta kos bagi tindakan ini. -Pejam Kelip

Sumber : MK